Makan percuma selama setahun


Putrajaya: Makan 14 rusuk kambing dalam masa masa tiga minit 14 saat membawa kemenangan kepada seorang eksekutif swasta dalam cabaran makan daging rusuk kambing paling pantas anjuran sebuah rangkaian restoran di sini, hari ini.
Mohd Azriq Nazifi Abdul Razak, 30, yang diumumkan pemenang bagi kategori lelaki, menerima hadiah makan secara percuma selama setahun di Tony Roma̢۪s Malaysia.
Bapa kepada dua anak itu berkata, sebelum pertandingan, dia melakukan persiapan, termasuk bersenam serta membuat carian mengenai tips pertandingan berkenaan.
"Rusuk kambing antara makanan kegemaran saya dan ia menu wajib setiap kali ke Tony Roma's berhampiran rumah di Setia Alam, Shah Alam, Selangor.
"Saya menggunakan teknik meramas daging dengan tangan bagi membolehkan makan tanpa dikunyah, terus telan kerana ia menjimatkan masa," katanya.
Hadiah disampaikan Ketua Pegawai Pemasaran Tony Roma's Jim Rogers.
Bagi kategori wanita, Cheong Poh Leng, 49, diumumkan pemenang dengan catatan masa empat minit 33 saat, juga menerima hadiah makan percuma selama setahun di restoran itu.-hmetro

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story