12 Perkara Mengenai Diri Aktres Erra Fazira

12 Perkara Mengenai Diri Aktres Erra Fazira

iapa tidak kenal dengan diri pelakon wanita yang cantik, Erra Fazira.
Bakatnya dalam lakonan dan nyanyian memang teserlah sejak dahulu lagi.
Malah, kecantikannya sentiasa dikagumi oleh ramai rakan artisnya dan juga semua peminatnya.
Jadual kerjanya yang padat membuatkan ramai pihak tertanya-tanya bagaimana Erra menjaga aktiviti hariannya.
Menerusi portal Gua.com.my, ada 12 perkara mengenai diri Erra didedahkan.
Mahu tahu?
1.    Erra sangat rimas dengan perkara-perkara yang ‘girly’. Baginya, dia bukan seorang wanita yang terlalu lemah lembut.
2.    Pada waktu malam, Erra mesti tidur dengan memakai sarung kaki.
3.    Erra lebih selesa dengan fesyen yang lebih kasual, ringkas tapi ‘rugged’.
4.    Erra sangat berdisiplin lebih-lebih lagi apabila melibatkan kerja. Sekiranya rakan sekerja tidak profesional, Erra mudah mengamuk.
5.    Merupakan seorang pencinta makanan tapi tidak suka makan banyak.
6.    Erra masih memiliki motorsikal berkuasa tinggi dan menunggang motorsikal berkuasa tinggi masih menjadi hobi Erra.
7.    Seorang ‘shopaholic’. Erra gemar membeli-belah tapi kebanyakan barang yang dibeli, tidak dipakai.
8.    Sekiranya membeli barang-barang dapur, Erra suka membeli dalam kuantiti yang banyak untuk simpanan selama beberapa bulan.
9.    Salah satu habit Erra sebelum tidur adalah bermain iPad.
10.    Walau sibuk bagaimanapun, Erra harus mencari masa terluang untuk dikongsi bersama anak perempuannya Engku Aleesya.
11.    Erra merupakan seorang yang mementingkan kesempurnaan.
12.    Ada satu sudut di rumah Erra dipenuhi dengan pelbagai koleksi kasut. Anggaran kasut yang dimiliki Erra mencecah ratusan pasang.
Oleh: NAIMAH SHAARI

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story