Selamat hari jadi kepada Datuk Lee Chong Wei. Tidak lupa ucapan tahniah kepada beliau kerana berjaya memenangi kejohanan Terbuka Denmark semalam. Semoga Datuk Lee Chong Wei akan terus mengharumkan nama Malaysia di masa hadapan.
Pastinya kini Datuk Lee Chong Wei sudah pun mengalihkan perhatiannya kepada majlis perkahwinan beliau yang akan berlangsung pada 10 November kelak. Kedua-dua bakal pengantin ini telah pun mengambil gambar pra perkahwinan mereka baru-baru ini. Kedua-duanya nampak sama cantik dan sama padan sekali.
Semoga segala persiapan perkahwinan Datuk Lee Chong Wei akan berjalan dengan lancar. Lagi 11 keping gambar pra perkahwinan Lee Chong Wei dan Wong Mew Choo dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar Facebook Lee Chong Wei Official Fans Club.
0 comments:
Post a Comment