Ini adalah berita baik buat peminat-peminat kepada pelakon lelaki yang kacak, Adi Putra.
Sebentar tadi, aktor ini telah berkongsi berita gembiranya bersama dengan semua pihak khususnya peminat yang tidak pernah berhenti menyokong perjalanan kerjaya seninya.
Berita gembira yang Adi kongsikan adalah kehadiran insan baru ke dalam keluarganya.
Kini, Adi dan isterinya sudah pun mempunyai cahaya mata perempuan.
Pelik bukan kerana semua pihak ketahui yang isterinya, Aida Yusof tidak mengandung selepas mengalami keguguran.
Tetapi, inilah kenyataan kerana Adi dan Aida sudah pun mempunyai bayi perempuan sulung mereka yang diberi nama Zara Adelia Haadi.
Apa-apa pun, tahniah buat Adi dan Aida!
Semoga kehidupan mereka semakin bahagia dengan kehadiran insan baru.
Pastinya, inilah hikmah buat mereka berdua selepas satu cerita kontroversi tercetus dalam hidup Adi dan Aida beberapa bulan lalu iaitu keputusan mereka untuk bercerai.
Selepas mengambil keputusan untuk tidak bercerai, Adi dan Aida kembali hidup dengan sinar kebahagiaan yang semakin memancar dalam hubungan suami isteri mereka.
0 comments:
Post a Comment