Pelawak dan pelakon, Zizan Razak, bersyukur apabila kini pelawak-pelawak sepertinya semakin diterima ramai.
Jika dahulu, lawak sering dikategorikan sebagai kampung-kampung, kini semuanya sudah berubah apabila fenomena lawak semakin mendapat perhatian penonton.
Menerusi portal Ohbulan, Zizan berkongsi tahap penerimaan orang di luar negara tentang selebriti humor yang bertaraf dunia seperti Russell Peters & Jimmy Kimmel.
Katanya, di luar negara, penonton amat hormat dengan semua pelawak kerana mereka tahu bagaimana seorang pelawak berfikir dan mengkaji sebelum membuat sesuatu lawak itu.
“Lawak bukan seperti menyanyi dan menari, lawak dilakukan secara spontan dan berbeza-beza.
“Tak semua lawak yang dilakukan akan mencuit hati penonton,” katanya.
Bagi Zizan, dia perlu mencari input yang menarik bagi membolehkan orang ramai ketawa dengan lawak jenaka yang dilakukan.
Zizan turut melahirkan rasa bangga dengan pencalonan yang diterima untuk beberapa majlis anugerah sebelum ini.
Baginya, pencalonan itu membuktikan penerimaan orang ramai terhadap lawak yang semakin memberansangkan, sedikit sebanyak menaikkan semangatnya untuk bekerja keras.
“Tercalon dalam anugerah ini dah cukup membanggakan.
“Kerana bagi saya, dengan tercalonnya dalam anugerah, saya tahu tahap lawak yang saya bawa diterima oleh orang ramai,” katanya.
Oleh: NURUL NAFISAH MAZLAN
0 comments:
Post a Comment