Kelantan Perlu Tumpu Aspek Kewangan

Kelantan Perlu Tumpu Aspek Kewangan
KOTA BHARU – Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang meminta ketua jabatan dan agensi kerajaan di Kelantan memberi perhatian serius dan teliti dalam soal berkaitan kewangan.
Ia, katanya bagi memastikan semua peraturan dan prosedur kewangan sentiasa dipatuhi.
“Ini adalah cabaran yang besar kepada ketua jabatan dan agensi di negeri ini,” katanya berucap pada majlis perasmian Wisma Audit Negeri Kelantan di Bandar Bharu Tunjong di sini, hari ini.
Beliau juga mahu ketua jabatan dan agensi terbabit mengambil iktibar daripada teguran Jabatan Audit agar dapat mengelak kelemahan seperti pemborosan, pembaziran dan penyelewengan daripada berulang.
Katanya, kecemerlangan dalam menguruskan hal kewangan memerlukan warga kerja yang kompeten dan teliti dalam menjalankan pekerjaan dengan pengawasan rapi oleh
ketua mereka.
Ambrin juga berharap, jabatan dan agensi pelaksana sentiasa mengambil langkah penambahbaikan dalam merancang, melaksana dan memantau sesuatu projek untuk mengelakkan kelewatan selain memastikan kualitinya terjamin.
Wisma Audit Negeri Kelantan itu yang bernilai RM18 juta dibina pada 2008 dan siap sepenuhnya pada Disember tahun lepas.
Majlis perasmiannya hari ini disempurnakan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V.
Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed. – BERNAMA
2012/10/21 – 17:49:51 PM Cetak Emel Kawan

0 comments:

Post a Comment

Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story