Fazura Buka Cawangan Kedua Butik House Of Doll


Fazura
Baru saja tadi Mynewshub.my keluarkan artikel mengenai gambar Fazura manja di sisi buah hatinya.
Tetapi kali ini bukan mahu ceritakan perihal percintaannya, tapi mengenai perniagaannya.
Sejak tidak aktif di dalam bidang lakonan, pelakon Gol dan Gincu, Fazura tidak hanya duduk diam kerana dia ada perancangan besar di dalam hidupnya.
Dia yang sudah mula berjinak-jinak di dalam bidang perniagaan telah pun mempunyai sebuah butik pakaian iaitu House Of Doll yang terletak di Jalan Telawi, Bangsar pada Mei lalu.
Semalam, menerusi Twitter miliknya, dia ada menulis satu kenyataan yang berbunyi seperti sedang dalam proses membuka butiknya untuk cawangan kedua.
Malah dia juga ada memuatnaik sekeping gambar di mana dia sedang menulis pada kertas seolah-olah seperti menandatangani sesuatu.
Jika benar House Of Doll akan membuka cawangan kedia tahniah diucapkan kepada buah hati, Tengku Mahkota Johor ini.
Fazura pernah berkata, perniagaan kini menjadi keutamaannya dan lakonan jatuh nombor dua.
Oleh kerana itulah, dia sentiasa berusaha untuk merialisasikan impiannya itu.
Oleh yang demikian, tunggu saja pengumuman yang akan dibuat Fazura nanti.
Agak-agak dimana pula lokasi yang Fazura pilih untuk butik keduanya itu.
Oleh: NURUL NAFISAH MAZLAN

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story