Tasha Shila Jawab Isu Pakai Baju Bersalib


Tasha Shila
KUALA LUMPUR – Aktres Tasha Shila mempersoalkan kewajaran pihak-pihak tertentu yang menimbulkan cerita adanya simbol salib pada baju yang dipakainya ketika majlis pelancaran tema pakaian ‘fairy tale’ untuk Anugerah Skrin 2012.
Pada majlis itu, beberapa orang artis wanita telah mengadakan peragaan pakaian di atas pentas termasuklah Tasha Shila.
Dalam peragaan tersebut, Tasha dilihat telah memakai ‘dress’ labuh rekaan Hazwani Omar dengan jelas menampakkan simbol salib di depannya.
Dengan ‘hadirnya’ simbol yang melambangkan agama lain, Tasha dan pereka pakaian itu dilabelkan sebagai insan yang tidak sensitif dengan perasaan umat Islam.
Tasha bagaimanapun ternyata terkejut dengan dakwaan sedemikian.
“Hah?? Memang tak perasan pun dan bagi Tasha memang tak ada apa-apa simbol pun pada baju yang diperagakan Tasha.
“Sebagai model, Tasha hanya peragakan baju tersebut dan bukannya terlepas pandang. Pereka fesyen juga ada ketika Tasha memakai baju itu,” kata Tasha yang dipetik dari portal OhBulan.
Tidak mahu mengeruhkan keadaan dan memanjangkan isu ini, Tasha berkata, isu seperti ini tidak seharusnya timbul.
“Bagi Tasha, pemikiran sesetengah orang yang terlalu negatif dan Tasha berfikiran positif ketika memperagakan baju tersebut. Isu ini tak patut timbul dan Tasha tak mahu komen banyak-banyak,” katanya.
Bagi Hazwani Omar, dia menjelaskan tiada niat untuk dirinya mereka pakaian dengan bersimbolkan salib.
Hazwani memberitahu simbol itu tidak wujud sebaliknya juluran ikatan ‘hood’ dikepala yang dipakai oleh Tasha terjulur ke depan dan telah menyebabkan ‘munculnya’ simbol salib.
Pun begitu, Hazwani akan lebih berhati-hati dalam mereka pakaian selepas ini.
“Saya memang tak ada niat langsung dan tak pernah terlintas difikiran saya mengenai simbol tersebut.
“Sebagai pereka, saya memang menitikberatkan segala rekaan saya dan setiap rekaan saya, saya akan ambil respon dari orang ramai.
“Saya akan lebih berhati-hati lepas ini. Apa boleh buat, pemikiran orang lain-lain. Kalau mereka fikir negatif, maka negatif lah yang mereka nampak,” kata Hazwani.
Oleh: NAIMAH SHAARI

2 comments:

Anonymous said...

huruf 'T' pon klu guna sbg huruf kecil kira salib la jg yek..budus la org2 fkiran negatif,mst dia idup dlm jamban spanjang idup dia kn

ASHAMSURI said...

negatif atau tidak itu subjektif..mungkin masa rehearsal nampak tak ada, so bila kejadian sebenar timbul perkara2 mcm ni..bila org dah tegur, apa salahnya minta maaf je..jgn lah nak panjang2kan hal..minta maaf pasal mmg tak sengaja pun..ini dua2 sama..pereka dan model, dua2 berat mulut..mcm lah alim sgt, tp tak salahpun mohon kemaafan pasal kita tegur, sebab sayang akidah mereka walaupun perangai dah serupa jalang..

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story