MB Selangor Pertahan Penapis Air Membran


MB Selangor
KUALA LUMPUR – Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyifatkan dakwaan penggunaan penapis air membran sebagai tidak praktikal kerana mahal dan tidak mampu menambah bekalan air di Selangor tidak tepat.
Beliau mendakwa, teknologi berkenaan sangat kompetitf dan turut diguna pakai untuk memproses air laut menjadi air mentah di beberapa negara di Timur Tengah.
“Kerajaan Selangor telah mendapat taklimat daripada perunding dari Kanada mengenai penggunaan teknologi itu yang menjimatkan.” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Abdul Khalid mendakwa, teknologi itu mampu meningkatkan kapasiti air dengan hanya membina teknologi penapis air membran di loji pembersihan air sedia ada tanpa perlu membeli air daripada Pahang
Dakwa beliau, penggunaan teknologi penapis air membran itu mampu menambahkan satu juta meter padu air sehari dengan hanya menggunakan 1/3 dari kos pembinaan Langat 2.
Dakwanya lagi, purata keperluan air di Selangor dan Lembah Klang sekitar empat juta meter padu sehari tetapi bekalan yang sampai kepada pengguna hanya tiga juta meter padu kerana satu juta meter padu ‘hilang’ atau Non Revenue Water (NRW).
Justeru, dakwa beliau, teknologi penapis air membran dilihat mampu menampung tambahan keperluan satu juta meter padu pada setiap hari. – mynewshub.my

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story