KUALA LUMPUR – Empat lelaki hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan menculik seorang remaja lelaki berusia 15 tahun bulan lalu.
Pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah dalam bahasa Mandarin di depan Majistret Erry Shahriman Nor Aripin tetapi tiada sebarang pengakuan direkodkan.
Tukang masak ,Tee Boon Tai, 22, pengurus pusat karaoke, Chong Kar Liang, 25, penganggur, Yau Chee Kiong, 22, dan peniaga alat ganti kereta Low Soon Seong, 26, didakwa dengan niat bersama menculik remaja itu bagi mendapatkan wang tebusan berjumlah RM17,000, di tepi sebuah rumah di Sentul pada 7 pagi, 28 September lalu.
Keempat-empat lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Colek 1961 (Akta 365) dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.
Mahkamah menetapkan 27 November untuk sebutan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Kee Wei Lon manakala peguam Farah Idayu Nusi mewakili tertuduh pertama, S Prakash mewakili tertuduh kedua dan Major Fitzgerald J K Augustin mewakili tertuduh ketiga dan keempat.- BERNAMA
0 comments:
Post a Comment