GAMBAR: Kris Dayanti Sarat Mengandung


GAMBAR: Kris Dayanti Sarat Mengandung
Kalau dah kata penghibur sejati, tengah sarat mengandung pun masih boleh mengerah diri untuk terus menghiburkan penonton.
Itulah yang berlaku pada penyanyi Indonesia ini, iaitu Kris Dayanti.
Walaupun usia kandungannya kini mencecah usia tujuh bulan, Krisdayanti atau KD tetap ligat membuat persembahan pentas.
Dia sempat lagi turun ke Malaysia bagi menjayakan satu konsert diraja sempena penjenamaan muzium diraja Sultan Abu Bakar, yang berlangsung di Pekan Pahang, pada malam Ahad lalu.
Ini merupakan kehamilan kali keempat KD dan ini anak keduanya hasil perkahwinannya bersama usahawan Timor Leste itu.
Pasangan ini dikhabar bakal menimang cahaya mata lelaki.
Terdahulu Krisdayanti pernah bernikah dengan pemuzik Anang Hermansyah pada tahun 1996.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata.
Setelah menjalani rumah tangga selama 13 tahun dan berduet dalam tujuh album, Krisdayanti bercerai dengan Anang pada tahun 2009.
Dia kemudian menikah dengan Raul Lemos pada tahun 2011 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.
Oleh: NURUL NAFISAH MAZLAN

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story