Semangat sungguh membaca kata-kata Black Mentor di dalam B*Pop hari ini. Nampak sangat Black memang bengang dengan gosip yang mempertikaikan pegangan agama Islamnya. Ini semua gara-gara ayat “Kita ini orang Melayu, beragama Islam, jadi fikirlah apa fitrah awak sebagai manusia beragama Islam” di dalam tulisan tersebut.
Untuk yang tidak tahu, ayat tersebut digunakan di dalam gosip percutian Black dengan kekasih hatinya ke Pulau Redang baru-baru ini. Abang Nara petik sedikit luahan hati Black yang kecewa dengan orang yang mempertikaikan pegangan agamanya:-
Saya beritahu lagi, kalau sampai mempertikai agama, saya sanggup membunuh! Saya perlu mempertahankan agama saya. Kalau nak tulis gosip, jangan campur aduk dengan agama. Itu yang saya cakap saya nak saman. Nak tuduh perangai saya buruk, tak apa, tapi jangan sekali-kali mempertikaikan agama saya. Bagi saya isu ini sudah diselesaikan dan saya harap tidak apa pihak yang mengungkit lagi. Selepas ini saya perlu menasihatkan diri saya sendiri supaya lebiih berhati-hati.
Diharap lepas ini si penulis jangan anggap kata-kata Black ini sebagai ugutan pulak. Kang tak pasal-pasal Black kena tahan polis. Ini hanyalah satu penanda aras apa yang Black sanggup lakukan jika ada orang yang mempertikaikan pegangan agama Islamnya. Apa pun kepada Black, semoga lebih berhati-hati dengan tindakan anda di masa hadapan supaya kontroversi sebegini tidak akan timbul lagi.
0 comments:
Post a Comment