Hingga Bila Hendak Menongkat Langit?

Hingga Bila Hendak Menongkat Langit?

INI BUKAN KEJADIAN BARU – INI KEJADIAN AWAL TAHUN INI (2012).
Inilah contoh sikap sombong dan bongkak yang begitu ekstrem sekali.
Ingat berjawatan sikit boleh berlagak dengan orang lain.

BANGKOK: Kastam Thailand menurunkan pangkat seorang pegawainya selepas dia didapati mencederakan seorang pengawal keselamatan lapangan terbang yang cuba memeriksa tubuhnya.
Insiden itu terdedah meluas apabila rakaman kamera litar tertutup mengenainya dimuat naik ke YouTube.
Melalui rakaman itu, pegawai kastam terbabit dilihat enggan diperiksa ketika berada diLapangan Terbang Suvarnabhumi.
Dia kemudian menampar telinga pengawal keselamatan itu sebelum menunjuk lencana dipakainya.
Pengawal keselamatan terbabit kemudian membongkok meminta maaf.
Dimuat naik Isnin lalu, ia menarik lebih 5,000 komen orang ramai yang marah terhadap insiden berkenaan sehari kemudian.
Kastam Thailand berkata, pegawai terbabit – dikenali hanya dengan nama Sombat – kini ditugaskan untuk melakukan kerja pejabat. – AP

2 comments:

Obat Penyakit Jantung Koroner said...

semoga sukses selalu

Obat Penyakit Jerawat said...

jangan lupa mampir balik ya gan

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story