MAKKAH – Ibadah Haji memang diwajibkan untuk yang mampu, tapi bukan bererti umat Islam yang tidak mampu dari segi kewangan tidak berhak langsung mengecap keindahan menunaikan ibadah haji.
Tekad itulah yang membuat seorang lelaki yang berasal dari Bosnia-Herzegovina berjalan kaki ke Kota Makkah, Arab Saudi.
Tujuan lelaki bernama Senad Hadzic itu berjalan kaki sejauh 5,700 kilometer selama 314 hari, tak lain untuk menunaikan rukun Islam kelima. Setelah melewati beberapa negara, lelaki 47 tahun itu dijangka bakal sampai di Makkah bulan ini.
Hadzic berangkat dari Kota Banovici, sebelah timur laut Bosnia Herzegovina, pada Disember tahun lalu. Selama perjalanan, ia melewati enam negara, iaitu Turki, Jordan, Syria, Serbia, Bulgaria, dan terakhir Arab Saudi.
Hadzic menyatakan rela berjalan kaki hingga ke Saudi, kerana dirinya tidak mempunyai cukup wang. Tapi, cintanya yang besar kepada Allah SWT, membuatnya rela berjalan beribu-ribu batu.
“Saya putuskan untuk berjalan kaki ke Arab Saudi dengan wang 200 euro (sekira Rp 2.5 juta),” akuinya.
Selama perjalanan, Hadzic tidur di masjid, sekolah, tempat umum dan ada penduduk tempatan yang menawarkan tempat menginap kepadanya. sumber:mynewshub
0 comments:
Post a Comment