Maya Karin Sudah Tiba Di Kathmandu


Seronok sungguh menjadi insan yang bernama Maya Karin ini. Di kala kita sedang sibuk dengan kerja di pejabat, tup-tup Maya Karin berkongsi gambar dirinya di Kathmandu. Untuk anda yang tidak tahu, Maya Karin berada di sana untuk mencabar dirinya mendaki salah sebuah gunung.
maya karin
Adakah Maya Karin akan mendaki Gunung Everest? Fuh ~~ Mungkin tidak kerana itu terlalu mencabar walaupun untuk pendaki gunung profesional. Diharap Maya Karin akan mendaki gunung yang rendah-rendah sahaja. Yang penting, keselamatan diri harus dijaga.
maya karin
Lelaki di sebelah Maya Karin itu ialah ayahnya. Nampaknya perjalanan ke Kathmandu ini akan turut menjadi satu sesi mengukuhkan lagi hubungan seorang anak dan seorang ayah. Yang pasti, Maya Karin pasti akan terjaga rapi di samping ayahnya yang tercinta.
maya karin
Kepada Maya Karin dan ayahnya, all the best and good luck. Jangan mencabar diri lebih daripada kemampuan anda. Keselamatan harus diutamakan. Dan paling penting, jangan jatuh cinta dengan orang Nepal. Kang tak pasal-pasal ramai yang kecewa di Malaysia ini. Hehehe.

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story