PM Ziarah Jenazah Ibu T/Ketua Setiausaha Sulitnya

PM Ziarah Jenazah Ibu T/Ketua Setiausaha Sulitnya

KUALA LUMPUR- Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa menziarahi jenazah ibu Timbalan Ketua Setiausaha Sulit Pejabat Perdana Menteri Iskandar Mohd Kaus, di Bukit Damansara, di sini.
Datin Safiah Ahmad, 76, meninggal dunia di sebuah hospital swasta di sini pukul 6.30 petang Isnin.
Sejurus tiba pada 8.30 pagi, Najib menyampaikan ucapan takziah kepada suamiAllahyarham, Datuk Mohd Kaus Salleh yang juga bekas Ketua Pengarah Penerangan.
Jenazah Allahyarham disembahyangkan di Masjid Saidina Umar Al-Khattab dan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara di sini kira-kira 11.30 pagi. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story