Dipukul Dengan Helmet, Rambut Dipotong Guna Pisau

Wanita Dipukul Dengan Helmet, Rambut Dipotong Guna Pisau

AKSI pergaduhan tiga wanita di satu perkampungan yang tidak dinyatakan lokasinya menjadi viral setelah disiarkan sebuah laman di Facebook yang memuat naik rakaman video insiden itu.

Menerusi video berdurasi selama kurang satu minit itu, seorang wanita yang berpakaian baju warna kelabu dan legging hitam digomol oleh dua wanita lain.
Malah mangsa juga dipukul dengan menggunakan helmet di bahagian kepala dan paha serta dilempang oleh salah seorang lawannya.
Wanita yang memakai blaus paras paha seperti ‘naik hantu’ dilihat semakin agresif mengasari mangsa apabila dia cuba untuk melepaskan diri daripada terus dipukul.
Bukan itu sahaja, rambut mangsa juga ditarik-tarik sebelum wanita itu mengeluarkan sebilah pisau dari poket belakang seluar jean yang dipakai lalu memotong rambut mangsa.
Mangsa menjerit cuba meraih simpati untuk dilepaskan namun tidak diendahkan oleh kedua-duanya bahkan terus bertindak memukulnya.
Wanita Dipukul Dengan Helmet, Rambut Dipotong Guna Pisau
Tidak dapat dipastikan punca pergaduhan antara ketiga-tiga wanita berkenaan kerana audio yang kedengaran tidak jelas serta bahasa yang dituturkan juga tidak dapat difahami.
Video tersebut telah ditonton lebih 40 ribu pengguna laman sesawang dan pelbagai andaian turut dilontarkan menerusi komen pada video berkenaan.
Sesetengahnya mengandaikan ia pergaduhan antara ibu dan anak yang mana si ibu berang dengan tindakan anak perempuannya mungkin keluar bersama teman lelaki.
Malah tidak kurang juga yang mengatakan ia berpunca daripada sifat perkauman. – MYNEWSHUB.CC




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story