1K Pemuda Baju Hitam Berarak Desak LGE Berundur!

1,000 Pemuda Baju Hitam Berarak Desak LGE Berundur

GEORGE TOWN – Sekumpulan pemuda berbaju hitam berarak ke pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng untuk mendesak peletakan jawatannya selepas terpalit skandal rasuah.

Kumpulan diketuai Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Rafizal Abdul Rahim berhimpun di pekarangan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) dan menyatakan bantahan mereka terhadap pemimpin DAP itu supaya segera berundur.
Mereka yang memakai baju gelap tertera perkataan ‘Pemuda Bangkit’ mahu Guan Eng agar meletak jawatan atau mengambil cuti susulan dua tuduhan rasuah yang dihadapinya dan sudah pun dibicarakan di mahkamah.
Hadir sama adalah Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun. Mereka mula memenuhi kawasan Komtar kira-kira pukul 2 petang Rabu selepas berarak dari beberapa lokasi di negeri ini termasuk dari Seberang Perai.
“Kita akan teruskan himpunan ini dan jika keadaan mendesak, kita tidak tolak kemungkinan mengadakannya di hadapan kediaman Guan Eng sendiri,” tegas Rafizal ketik ditemui pemberita selepas perarakan tersebut berakhir.
1,000 Pemuda Baju Hitam Berarak Desak LGE Berundur
Kumpulan berkenaan yang membanjiri kawasan sekitar bangunan tertinggi di Pulau Pinang dan menempatkan pejabat kerajaan negeri itu turut memegang sepanduk menentang penganjuran himpunan haram Bersih 5.0.
Sambil mengikrarkan sokongan padu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kumpulan pemuda itu turut melaungkan bantahan terhadap dasar diskriminasi Kerajaan DAP Pulau Pinang sejak memerintah pada 2008.
“Ketua Menteri sudah pun secara rasmi didakwa dengan dua tuduhan rasuah. Tiada siapa boleh menerima orang yang telah pun disabitkan dengan kesalahan jenayah di mahkamah untuk terus memimpin Pulau Pinang.
“Mengapa pihak Bersih hanya mendesak Najib untuk meletak jawatan sedangkan dia dipilih secara demokrasi,” kata Khairul Azwan sambil mencabar penganjur Bersih bagi melakukan desakan yang sama terhadap Guan Eng pula.
Rafizal pula berkata pihaknya akan meneruskan perhimpunan berkenaan selagi Guan Eng enggan bercuti atau melepaskan jawatan sebagaimana dilakukan ramai pemimpin Barisan Nasional apabila didakwa di mahkamah.
1,000 Pemuda Baju Hitam Berarak Desak LGE Berundur
Beliau juga menggesa pihak Bersih, yang merancang mahu mengadakan perhimpunan jalanan tanpa permit pihak polis secara besar-besaran di Kuala Lumpur pada 19 November ini untuk melupakan hasrat jahat tersebut.
“Di mana ada Baju Kuning, akan ada Baju Merah,” katanya. Guan Eng kini berdepan tuduhan rasuah susulan skandal banglonya di Jalan Pinhorn di bawah nilai pasaran semasa selain penukaran status tanah Taman Manggis.
Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan korupsi itu dan kes penyelewengan profil tinggi berkenaan akan disebut semula buat kali kedua pada 6 Disember di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.
Ini kali kedua kumpulan ‘Pemuda Bangkit’ yang turut disertai Pemudan UMNO dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan mengadakan himpunan aman di negeri ini bagi membantah penganjuran Bersih 5.0 dan kerajaan DAP.
Awal bulan lalu, kumpulan sama yang memakai baju berwarna merah turut mengadakan perhimpunan sama di Persiaran Gurney membabitkan seramai 3,000 anak muda dari negeri-negeri Utara. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA





Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story