Anwar Kalah Kes Saman Qazaf Merujuk Tuduhan Liwat

Anwar Kalah Kes Saman Qazaf Merujuk Tuduhan Liwat

SHAH ALAM – Ahli politik yang dipenjara kerana kesalahan seksual, Datuk Seri Anwar Ibrahim kalah untuk saman kali kedua dalam masa seminggu, menurut portal berita AgendaDaily.

Mahkamah Syariah Shah Alam di sini memutuskan untuk menolak saman qazaf atau kesaksian palsu yang difailkan pemimpin pembangkang berkenaan terhadap peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.
Hakim Syariah Mohamed Fouzi Mokhtar malah memutuskan bahawa pihak mahkamah tersebut tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar permohonan yang berkaitan dengan pertuduhan liwat.
Beliau seterusnya menjelaskan, perkara berkenaan disebabkan peruntukan enakmen syariah negeri Selangor tidak menganggap jenayah liwat sebagai satu kesalahan yang sama dengan kes perzinaan.
Menurut Mohamed Fouzi, walaupun penerimaan majoriti ulama Islam bahawa liwat boleh dimasukkan di bawah kesalahan zina, mahkamah berkenaan ketika ini masih memiliki bidang kuasa yang terhad.

Anwar Kalah Kes Saman Qazaf Merujuk Tuduhan Liwat
MUHAMMAD SHAFEE ABDULLAH

Justeru ujar beliau, mahkamah syariah di Selangor sebenarnya hanya boleh melaksanakan dan mentafsirkan sebarang isu persoalan undang-undang yang memang telah diperuntukkan sedia ada.
Dalam keputusan lisannya, beliau berkata, oleh kerana bidang kuasa yang terhad, maka terpulang kepada badan perundangan negeri atau badan perundangan persekutuan untuk memperluaskannya.
Keluarga Anwar memfailkan saman qazaf terhadap Muhammad Shafee pada Jun tahun lepas atas alasan peguam tersebut tidak pernah menyaksikan tokoh pembangkang itu berjaya melakukan liwat.
Muhammad Shafee menuduh Anwar meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan tanpa ikrar empat orang saksi lelaki sepertimana diwajibkan oleh undang-undang syariah.
Pada Isnin lalu, Anwar juga kalah dalam kes saman fitnahnya terhadap Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dan diarahkan untuk membayar kos sebanyak RM100,000. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story