Video: ‘Awak Minta Maaf Dan Terus Tutup Kes Ini’

Video: Pemuda Hina Pemandu Lori Kena 'Sekolah'

PADAH mengeluarkan kenyataan menghina golongan pemandu lori di laman sosial, seorang lelaki terdiam malu apabila didesak untuk membuat permohonan maaf secara terbuka, semalam.

Video berdurasi 2 minit 58 saat itu menunjukkan, Herul Azmi, didesak sekumpulan lelaki yang dipercayai pemandu lori memintanya agar melakukan permohonan maaf secara terbuka di sebuah restoran selepas kenyataan penghinaannya itu viral di media sosial.

“Kalau awak minta maaf secara umum, maknanya masalah ini selesai. Inilah jalan yang terbaik pihak kami (golongan pemandu lori) yang dapat bantu awak.
“Awak minta maaf dan terus tutup kes. Inilah caranya nak stopkan awak punya viral,” kata seorang lelaki yang berada berhampiran Herul.
Video: Pemuda Hina Pemandu Lori Kena 'Sekolah'
Namun Herul dilihat enggan membuat permohonan maaf sekiranya situasi itu dirakam atas alasan malu. Lantas, membuatkan seorang lelaki di sebelah kirinya tidak puas hati.
“Berapa banyak permintaan kau, kau malu ke apa. Habis orang lain tak tahu malu? Kau jangan sampai aku hilang sabar kang, tumbuh tanduk aku,” ujar lelaki berkenaan.
Video: 'Awak Minta Maaf Dan Terus Tutup Kes Ini'
Herul bagaimanapun akhirnya membuat permohanan maaf namun rakaman ucapannya itu tidak disertakan di dalam video.
Terdahulu, Herul memuat naik kenyataan bahawa semua pemandu lori di negara ialah adalah sampah masyarakat, sial dan anak pelacur.  Malah, dia berani dan tidak takut dengan mana-mana pemandu lori yang mahu berdepan dengannya. – MYNEWSHUB.CC

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story