SEORANG lelaki bernama Ryan Paul Robinson sempat lagi merakamkan dirinya melakukan aksi berbahaya ketika bertindak menyeberangi dua tebing batu tinggi dengan berjalan di atas seutas tali.
Difahamkan kedua-dua tebing batu itu pula berketinggian kira-kira 50 meter dari aras laut.
Robinson yang dilengkapi dengan kamera GoPro di kepalanya berjaya merakam aksinya di dua buah tebing yang terletak di Tasmania, Australia sebelum memuat naik video tersebut ke Instagram peribadinya.
Menerusi klip video itu, Robinson dilihat mengenakan tali keselamatan atau abah-abah berjalan meniti di atas seutas tali yang menghubungkan dua tebing batu berkenaan.
Meskipun dilengkapi dengan tali keselamatan, Robinson tetap berdepan cabaran dalam menjayakan misinya itu apabila terpaksa mengharungi angin kencang dan dilihat terhuyung-hayang ke kiri malah hampir terjatuh.
Namun atas pengalaman yang dimiliki, dia akhirnya berjaya mengimbangkan badannya dan meneruskan perjalanan.
Kata Robinson, dengan melakukan aksi bahaya seperti itu, dia dapat mencari siapa dirinya. Malah dia juga menyifatkan Tasmania sebagai sebuah tempat yang menakjubkan di atas muka bumi.
Video yang dimuat naik pada 28 Oktober lalu itu telah ditonton sebanyak 4,500 kali oleh pengikut Instagramnya. -MYNEWSHUB.CC
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
0 comments:
Post a Comment