Tragedi HSA: Mangsa Terselamat Masih Kritikal

Tragedi HSA: Mangsa Terselamat Masih Kritikal

PUTRAJAYA – Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah menjelaskan satu-satunya pesakit yang berjaya diselamatkan dalam insiden kebakaran di Unit Rawatan Rapi (ICU), tingkat dua, Hospital Sultanah Aminah (HSA) kini berada dalam keadaan kritikal.

Menurutnya dalam catatan menerusi Facebook beliau, mangsa yang dikenali sebagai Suppamah, melecur 80 peratus kini mendapat rawatan di Unit Kebakaran, Hospital Sultan Ismail di Johor Bahru.
Katanya, dalam kejadian itu 10 staf HSA turut terjejas mengakibatkan tiga daripadanya cedera sementara tujuh yang lain mengalami cedera ringan dan sedang dipantau rapi.
Tiga staf tersebut adalah dua jururawat dan seorang pelajar fisioterapi yang dikenali sebagai Nurul Ain, Suhaili dan Shafiqah malah kini dimasukkan ke ICU di Hospital Sultan Ismail.
Dalam kejadian 9 pagi semalam, enam pesakit ditemui dalam keadaan rentung selepas terperangkap di dalam wad dan gagal diselamatkan.
Mangsa yang maut iaitu empat wanita dikenal pasti ialah Choo Lin Fung, 37; Pow Ah Wah, 60; M Kaliama, 23; dan C. Neeramala Devi, 24; manakala dua mangsa lelaki dikenal pasti sebagai K. Logeswaran, 20; dan Yusuf Hasan, 53.
Noor Hisham berkata, kebakaran tersebut yang dipercayai bermula di bilik rawatan di ICU itu merebak dengan cepat dan tidak terkawal.
Beliau turut memuji tindakan staf yang membantu mengeluarkan pesakit dan tidak mengabaikan tanggungjawab walaupun terpaksa mengorbankan diri.
Menurutnya, staf yang cedera mungkin terhidu asap yang tebal dan pengsan ketika kejadian sebelum diselamatkan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat.
“Keberanian mereka untuk menyelamatkan pesakit telah menyentuh hati saya kerana rasa tanggungjawab yang tinggi ditunjukkan mereka dalam insiden ini.
“Saya bangga dengan semua kakitangan yang bekerjsama sebagai satu pasukan memindahkan 477 pesakit untuk keselamatan,” katanya. – MYNEWSHUB.CC






Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story