Hero Winter Sonata Timang Anak Pertamanya, Di Umur 44 Tahun

Hero Winter Sonata Timang Anak Sulung, Di Usia 44 Tahun

TAHNIAH diucapkan kepada hero Winter Sonata, Bae Yong-joon dan isterinya, Park Soo-jin yang telah selamat menimang cahaya mata pertama mereka, semalam.

Soo-jin yang juga merupakan aktres dan penyanyi terkenal di Korea Selatan melahirkan anak lelaki di sebuah klinik swasta.
Berita gembira itu dimaklumkan oleh agensi pengurusan Yong-joon, Keyeast Co.
Hero Winter Sonata Timang Anak Sulung, Di Usia 44 Tahun
“Soo-jin melahirkan bayi lelaki di klinik perbidanan di Gangnam. Kedua-dua ibu dan bayi dalam keadaan sihat,” katanya.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada Julai 2015 di sebuah majlis yang diadakan secara tertutup di Hotel Sheraton Grande Walkerhill, Seoul.
Pada April lalu, Soo-jin mengumumkan dia sedang hamil anak pertama.
Yong-joon, 44, merupakan nama bintang tersohor di Korea selepas berjaya mencetuskan fenomena negera itu menerusi drama Winter Sonata.
Winter Sonata yang merupakan drama bersiri pertama Korea yang popular di Malaysia juga terkenal di beberapa negara lain.
Aktor kacak itu kini sibuk dengan agensi pengurusan bakat Korea, KeyEast Entertainment selaku pemegang saham utama. – MYNEWSHUB.CC




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story