Penyampai Berita Fox Tukar Kerjaya Jadi Pelakon Lucah

Gay

Selepas menjadi penyampai berita Fox dan CBS di Amerika Syarikat, Jim Walker, 44, telah menukar kerjayanya kepada sesuatu yang mengejutkan ramai, iaitu dengan menjadi bintang filem lucah untuk gay.
Walker sebelum ini disifatkan sebagai seorang penyampai berita yang berjaya di stesen TV berkenaan dan memulakan kerjayanya usia 23 tahun.
Kini dia memutuskan untuk menggantung microphone dan menanggalkan bajunya untuk menjadi bintang lucah gay di Dallas Steele.
“Saya meninggalkan media pada 2013 selepas bos saya memberitahu bahawa kajian yang dijalankan mendapati orang ramai sudah tidak sukakan saya lagi,’’ katanya yang turut mengakui meninggalkan bidang media susulan tekanan untuk mendapatkan rating harian.
Menurut Walker, dia merindui saat-saat menyampaikan berita dan berkejar ke lokasi untuk melaporkan berita terkini.
Namun apa yang dilakukan kini ialah menjadikan karier terbarunya ini sebagai sesuatu yang serius dan bagi tujuan itu Walker telah menanam implan di bahagian punggung, selepas perbelanjaan berkenaan ditanggung oleh pelanggannya. – mynewshub.cc




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story