Mayat seorang lelaki yang dilaporkan terjun di kilometer 11.3 Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah dekat George Town kelmarin ditemui nelayan kira-kira jam 9 pagi Jumaat.
Mayat Mohd. Shukri Saad, 38, ditemui dalam keadaan terapung pada tiang P88 jambatan kedua Pulau Pinang berkenaan iaitu empat kilometer dari lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Shafee Abd. Samad berkata, mayat lelaki tersebut ditemui lengkap berpakaian dan memakai beg sandang.
Difahamkan, beg sandang berkenaan berisi bata yang masih digalas di bahunya ketika ditemui.
Mayat mangsa dibawa ke jeti berdekatan sebelum diserahkan kepada pihak hospital untuk bedah siasat dan pengecaman.
Rabu lalu, kecoh di media sosial apabila mangsa dikatakan meninggalkan ‘nota’ diFacebook sebelum terjun di jambatan kedua Pulau Pinang itu akibat tertekan dipanggil mahkamah bagi kesalahannya menjual rokok seludup.
Dalam nota itu, lelaki berkenaan mengambil keputusan untuk ‘berkorban’ kerana mendakwa hukuman penjara yang dikenakan terhadapnya adalah tidak setimpal berbanding kesalahan individu berpangkat tinggi melibatkan wang jutaan ringgit. -MYNEWSHUB.CC
Video dibawah sekadar hiasan.
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
0 comments:
Post a Comment