Punggung Guru Jadi Bahan Rakaman Bapa

Punggung Guru Jadi Bahan Rakaman Bapa

INILAH yang berlaku akibat terlebih `gedik’. Seorang lelaki `merah muka’ selepas `tertangkap’ merakamkan video punggung guru anaknya ketika anaknya mengadakan persembahan di tadika.

Video itu dirakamkan di sebuah tadika di Rusia, ketika kanak-kanak di kelas prasekolah tersebut mengadakan persembahan sambil menari dengan iringan lagu rancak Gangnam Style.

Sebaik sahaja persembahan bermula, lelaki itu bukannya merakamkan gambar anaknya sedang menari sebaliknya asyik merakamkan video guru perempuan di situ menggoyangkan punggung.
Hampir keseluruhan video itu dipenuhi dengan punggung guru terbabit.
Selepas klip video berkenaan bertajuk ‘Daddy is Filming an Event at the Kindergarten‘ dimuat naik dalam media sosial, ia ditonton lebih 160,000 kali.
Ia juga menyebabkan netizen tertanya-tanya siapakah lelaki itu dan guru wanita terbabit. Mereka kini melancarkan gerakan mencari identiti kedua-duanya.
Bagaimanapun lelaki itu mendapat pujian ramai lelaki yang menyifatkannya pandai memilih sudut kamera. Tidak kurang pula yang kecewa kerana tidak berpeluang mendapat guru seperti itu ketika mereka belajar dulu. -MYNEWSHUB.CC

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story