Ibu Rantai Anak Berdepan Tindakan Undang-Undang

Rantai Kaki Anak Di Tiang Kerana Enggan Hadir Kelas

SUBANG JAYA – Seorang ibu yang tergamak merantai anak perempuannya pada sebatang tiang lampu di taman permainan Lagoon Perdana, Bandar Sunway di sini, semalam bakal berdepan dengan tindakan undang-undang.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Muhammad Azlin Sadari berkata, wanita berusia 30 tahun itu ditahan bagi memberikan keterangan semalam dan akan disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (A) Akta Kanak-Kanak 2001.
Beliau berkata, pihaknya menerima aduan daripada orang ramai kira-kira 6.35 petang mengenai seorang kanak-kanak perempuan yang berpakaian sekolah di ikat dengan menggunakan rantai besi di sebuah taman permainan.
Katanya, kanak-kanak yang lengkap berpakaian sekolah itu dirantai sejak 6.15 petang sebelum berjaya mendapatkan kunci daripada ibunya kira-kira 30 minit kemudian.
Rantai Kaki Anak Di Tiang Kerana Enggan Hadir Kelas
Rantai Kaki Anak Di Tiang Kerana Enggan Hadir Kelas
Menurutnya, bertindak atas maklumat tersebut, anggota Unit Rondaan Bermotosikal bergegas ke tempat kejadian dan mendapati kanak-kanak berusia 8 tahun itu dikerumi orang ramai yang melihat kejadian itu.
“Selepas 10 minit anggota tiba, ibu mangsa tampil dan mengakui merantai anaknya sebagai denda kerana enggan ke sekolah.
“Polis mengambil kunci dari ibu mangsa dan membuka rantai besi pada kaki anaknya,” katanya dalam satu kenyataan.
Siasatan mendapati, kejadian tersebut adalah pertama kali berlaku terhadap mangsa yang bersekolah di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) di sekitar kawasan kejadian.
Muhammad Azlin berkata, wanita dan anaknya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya untuk soal siasat sebelum diserahkan kepada keluarga.
Kes rantai anak kerana nakal atau tidak menurut kata ini bukan perkara baru kerana sebelum ini ada laporan mengenai kes yang sama.
Sebelum ini, seorang bapa ditahan kerana merantai kaki anak lelakinya berusia 10 tahun dalam keadaan bogel selama enam jam di pangsapuri di Paya Terubong, Georgetown susulan terlalu nakal dan membuat bising di rumah mereka.
Selain itu, pada tahun lalu, seorang nenek merantai cucunya yang berusia empat tahun di tiang papan tanda selama lima minit selepas tidak meyiapkan kerja sekolahnya di Taman Maju Jaya, Bidor, Perak.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Rohani Abdul Karim sebelum ini menegaskan individu yang yang lalai dalam menjaga anak-anak sehingga menyebabkan kecederaan atau kematian boleh dikenakan tindakan undang-undang.
Katanya, di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara 10 tahun dan denda RM20,000 atau kedua-duanya sekali.




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story