Halang Laluan: Wanita Ini Tinggalkan Nota ‘Amaran’

Halang Laluan: Wanita Ini Tinggalkan Nota 'Amaran'

TERKILAN…Itu yang dirasai seorang wanita apabila tidak sempat melihat wajah suami kesayangannya untuk kali terakhir hanya kerana kenderaannya dihalang oleh kereta lain di parkir.

Tidak dinyatakan tempat dan waktu, dua keping gambar telah dimuat naik Info Roadblock Jpj/Polis hari ini di laman Facebook yang memaparkan sebuah kenderaan dan sekeping nota.
Dalam nota tersebut menjelaskan kenderaan jenis Nissan Almera telah menghalang laluan seorang wanita yang bergegas ingin ke hospital selepas mendapat panggilan mengenai suaminya terlibat dalam kemalangan.
Halang Laluan: Wanita Ini Tinggalkan Nota 'Amaran'
Namun, selepas menunggu hampir satu jam setengah, pemilik kereta Nissan Almera tidak muncul dan menyukarkannya untuk ke hospital.
“Sekarang hospital telefon dan memberitahu suami saya sudah meninggal dunia, anda gembira bukan!!!” tulis wanita berkenaan yang tidak dinyatakan umur dan nama.
Menurutnya, kerana sikap mementingkan diri pemilik kenderaan itu, dia tidak sempat melihat suaminya untuk kali terakhir.
Dalam surat berkenaan, wanita itu turut memberi amaran kepada pemilik kenderaan untuk berhati-hati.
“Saya akan suruh suami untuk masuk ke mimpi awak setiap malam. Terima kasih kerana pentingkan diri sendiri,” tulisnya.
Perkongsian gambar ini mendapat sokongan netizen yang menganggap individu yang pentingkan diri sendiri perlu diberikan kesedaran.
Malahan, ada juga netizen yang mempersoalkan gambar berkenaan kerana tidak dipaparkan kenderaan wanita tersebut dihalang.
Walau apapun alasan yang diberikan, pemilik kenderaan perlulah memikirkan keadaan persekitaran jika hendak meletakkan kenderaan dan tidak mementingkan diri sendiri.
Ini kerana, sikap pentingkan diri sendiri ini akhirnya akan membawa keburukan kepada orang lain dan mungkin juga ‘batang hidung’ sendiri. – MYNEWSHUB.CC
*Video di bawah sekadar hiasan.




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story