Bekas Ketua Polis KL Meninggal Dunia Akibat Strok

Bekas Ketua Polis KL Meninggal Dunia Akibat Strok

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Polis Kuala Lumpur, Tan Sri Henry Chin, 79, meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), di sini akibat strok hari ini.

Menurut anak keduanya, Melissa Vhin Sui Yee, 31, mendiang bapanya dimasukkan ke PPUM petang Jumaat lepas untuk rawatan sebelum disahkan meninggal dunia pada pukul 6.04 pagi.
“Ketika ini, kami sekeluarga sedang menguruskan proses untuk membawa pulang mayat mendiang ke Kota Kinabalu, Sabah untuk penerbangan pada pukul 1.55 petang esok,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Melissa berkata bapanya tidak pernah mengalami masalah kesihatan sebelum ini dan datang ke ibu negara beberapa hari lepas untuk menghadiri satu mesyuarat pada Jumaat lepas.
Mendiang yang meninggalkan isteri, Puan Sri Shirley Cheng Hua Chien, 72, serta sepasang anak lelaki dan perempuan telah berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama lebih 38 tahun sebelum bersara pada 1993.
Selepas bersara, beliau aktif dalam aktiviti kemasyarakatan dan berkhidmat dalam Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Sabah (UMS) serta pernah menjadi Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) dan anggota Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) di Sabah. – BERNAMA




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story