Jom Pekena 168 Sajian Di MAHA 2016 Disember Ini

Jom Pekena 168 Sajian Di MAHA 2016 Disember Ini

SERDANG – Udang Sanggol Perlis, Asam Pedas Melaka, Pais Ikan Patin Pahang, Maggi Ketam Terengganu, Pasembor Pulau Pinang dan Moi Sup Kedah.

Itu adalah antara 168 jenis sajian yang boleh dinikmati dalam senarai ‘Empayar Makanan’ semasa Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan (MAHA) 2016 di sini dari 1 hingga 11 Disember ini.
Turut boleh dinikmatii ialah Kacang Pool Johor, Masak Lemak Cili Api Daging Salai Negeri Sembilan, Nasi Ulam Seratus Lauk Kelantan, Rendang Tuk Perak, Nasi Ayam Berempah Putrajaya, Nasi Tomato Selangor, Mee Kolok Sarawak dan Pisang Goreng Cheese Sabah.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata seramai 62 usahawan termasuk 19 usahawan belia akan memperkenalkan menu-menu itu semasa MAHA nanti.
“Menu-menu terbaik dari 14 negeri itu telah dipertandingkan di peringkat negeri sebelum dibawa ke MAHA 2016,” katanya kepada pemberita bagi memperkenalkan sajian popular tersebut di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) hari ini.
Sementara itu Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Tan Sri Badruddin Amiruldin berkata pihaknya akan membantu usahawan Food Truck dari sudut bimbingan perniagaan dan bantuan untuk mendapatkan lokasi sesuai daripada pihak berkuasa tempatan dan kerajaan negeri.
Beliau berkata langkah itu diharap dapat membantu kira-kira 500 usahawan Food Truck sedia ada dan untuk menarik lebih ramai generasi muda untuk menceburi bidang itu.
FAMA juga akan mengadakan seminar untuk usahawan Food Truck dan mereka yang berminat boleh melayari laman web FAMA di www.fama.gov.my untuk mendapatkan maklumat lanjut, katanya. – BERNAMA




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story