Rebat RM4,000 Untuk Proton Iriz Buat Pemandu Uber

Rebat RM4,000 Untuk Proton Iriz Buat Pemandu Uber

PROTON Holding Berhad dalam satu kenyataan menghargai inisiatif kerajaan dan mengalu-alukan kerjasama dengan syarikat perkhidmatan Ride-SharingAplikasi Uber dan GrabCar.

Menurut Proton, pihaknya teruja untuk menjadi sebahagian daripada industri perkongsian perjalanan kerana langkah itu dilihat sebagai visi untuk memacu Malaysia ke hadapan melalui inovasi teknologi dan mewujudkan peluang ekonomi bagi ramai rakyat di negara ini.
Kenyataan Proton itu adalah hasil maklum balas susulan pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri pada Bajet 2017 yang menggalakkan rakyat Malaysia menjana pendapatan tambahan dengan menjadi pemandu Uber atau GrabCar.
Dalam pembentangan itu, Datuk Seri Najib Razak mengatakan bagi mereka yang tidak mempunyai kenderaan, kerajaan mengumumkan kebolehan membuat pembayaran pendahuluan untuk kenderaan melalui BR1M, dan rebat sehingga RM4,000 untuk pembelian Proton Iriz.
Individu yang layak menerima BR1M boleh menggunakannya sebagai wang pendahuluan bersama rebat tambahan sebanyak RM4,000 untuk menjana pendapatan tambahan dengan menjadi pemandu Uber atau GrabCar.
Tambah Najib, mereka terutamanya yang berpendapatan rendah mampu meraih sehingga RM1,500 sebulan bagi pemandu yang bekerja di antara 10 hingga 40 jam seminggu.
Manakala mereka yang memandu lebih 40 jam mampu menjana pendapatan sehingga RM4,300 dan ke atas sebulan. – MYNEWSHUB.CC




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story