Tren Tergelincir: Bas Transit KTMB Pula Tak Cukup!

25 Gerabak Kosong KTMB Tergelincir Di Batu Gajah

KAMPAR – Para penumpang Perkhidmatan Keretapi Elektrik (ETS) kesal kerana Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) tidak menyediakan bas transit mencukupi untuk membawa mereka ke destinasi masing-masing, susulan insiden tren kargo tergelincir di Kampung Bakap berhampiran Stesen Keretapi Batu Gajah awal pagi Jumaat.

Kebanyakan mereka termasuk penumpang yang mahu menyambut perayaan Deepavali mendakwa terpaksa menunggu lebih daripada sejam sebelum dapat menaiki bas ke Stesen Keretapi Ipoh.
S. Shamila Devi, 34, yang bertugas sebagai pegawai bank di Kuala Lumpur berkata beliau terpaksa menunggu bas transit hampir dua jam di stesen berkenaan untuk pulang ke Taiping bagi menyambut Deepavali pada Sabtu.
Katanya, beliau tiba di stesen berkenaan kira-kira 7 malam tetapi sehingga 9.30 malam, beliau masih belum dapat menaiki bas yang disediakan.
“Saya agak kecewa sebab esok (hari ini) sudah raya (Deepavali) dan sehingga sekarang saya masih terkandas di sini… saya tidak pasti bila saya akan tiba di rumah.
“Sepatutnya KTMB menyediakan lebih banyak bas kerana mereka tahu jumlah penumpang yang terkandas di sini berdasarkan jualan tiket,” katanya semasa ditemui di Stesen Keretapi Kampar di sini, Jumaat.
N. Ramesh, 37, pula berkata beliau bersama isteri serta dua anaknya dalam perjalanan dari Seremban, Negeri Sembilan ke kampungnya di Ipoh untuk menyambut Deepavali.
Menurutnya pihak KTMB memberi penerangan berhubung kelewatan ETS dan perkhidmatan bas yang disediakan tetapi beliau tidak menyangka pengangkutan itu tidak mencukupi untuk menampung jumlah penumpang.
“Tak sangka kejadian sebegini berlaku pada malam perayaan Deepavali…anak-anak saya masih kecil dan mereka tidak selesa dengan keadaan begini kerana terpaksa menunggu lama,” katanya.
Shariff Abdul, 45, pula kecewa dengan cara pihak pengurusan KTMB menangani masalah itu yang dianggapnya dibuat tanpa pelan kontigensi.
“Sudah lebih setahun saya guna ETS untuk ulang alik dari Tanjung Malim ke Butterworth… perkhidmatannya tidak pernah mengecewakan namun, insiden sebegini menunjukkan seolah-olah KTMB tidak sedia pelan kontingensi.
“Saya cuba menaiki teksi ke Ipoh sebelum menaiki tren seterusnya ke Butterworth tetapi tambang yang diminta tidak masuk akal,” katanya.
Kira-kira 10 malam, kesemua penumpang yang terkandas di stesen berkenaan telah dibawa ke Stesen KTM Ipoh.
Sementara itu, Pengurus Komunikasi Korporat KTMB, Siti Badariah Wan Hanafi ketika dihubungi Bernama berkata pihaknya menyediakan 36 bas untuk membawa penumpang yang terkandas ke Stesen Keretapi Ipoh dan Kampar.
“Perkhidmatan bas yang disediakan mencukupi cuma berlaku sedikit kelewatan kerana jalan raya sesak memandangkan orang ramai mula bercuti sempena Deepavali esok,” katanya.
Beliau berkata kerja membaik pulih landasan bagi laluan tren Ipoh-Kampar-Ipoh sedang giat dijalankan dan dijangka mengambil masa selama 48 jam.
Dalam kejadian 3.15 pagi tadi, dua lokomotif dan 25 gerabak kosong dalam perjalan dari Kuang, Selangor ke Tasek, Ipoh tergelincir dan menghalang laluan tren arah utara dan Selatan. – BERNAMA




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story