Pesawat Mendarat Cemas Kerana Lelaki Berbogel

Pesawat Mendarat Cemas Kerana Lelaki Berbogel

Sebuah pesawat yang dari perjalanan dari Mexico ke Frankfurt terpaksa mendarat cemas di Amerika Syarikat selepas salah seorang penumpangnya berbogel dan mengugut untuk membunuh penumpang lain.
Oliver Gee, 34, yang berasal dari Britain, kini berdepan dengan hukuman penjara 20 tahun kerana mabuk dan menunjukkan alat sulitnya kepada orang ramai dalam pesawat Condor.
Menurut saksi, Gee didakwa meminta minuman keras sebelum pesawat berlepas dan turut berperangai agresif.
Selepas pesawat berlepas, dia telah mengancam untuk membunuh penumpang lain dan turut menganggu seorang kanak-kanak berusia tiga tahun.
Gee juga mahu kencing di dalam kabin namun telah dibantu oleh pramugari serta penumpang lain untuk ke tandas. Malangnya, mereka telah ditampar oleh Gee.
Dia akhirnya dikepung oleh penumpang lain termasuk kakitangan penerbangan dan pihak berkuasa Amerika Syarikat kemudiannya telah dimaklumkan mengenai pendaratan cemas itu.
Sebaik mendarat, FBI telah menahannya sementara pesawat tersebut meneruskan penerbangan ke Franffurt. – mynewshub.cc




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story