Video: Jamal Pula Rakam Dirinya Kebal Dipukul Kayu

Video: Jamal Pula Rakam Dirinya Dipukul Dengan Kayu

TIDAK serik dengan kritikan yang diterima sebelum ini, kumpulan Baju Merah kembali mencetuskan kontroversi apabila sekali lagi memaparkan ‘kekebalan’ mereka dalam sebuah video baharu yang mula tersebar.

Kali ini, ibarat ketam mengajar anaknya berjalan betul, ketuanya sendiri tampil merakam aksi dirinya dipukul dengan kayu.
Menerusi perkongsian video yang dimuat naik KL Xpress, Datuk Jamal Yunos dilihat berdiri ‘gagah’ sambil tersenyum biarpun dipukul sebanyak dua kali di belakang badannya.

Lihatlah betapa kebalnya Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar ini sehinggakan dua batang kayu dihalakan ke arahnya turut patah.
Kami kerap menyaksikan acara persembahan silat sewaktu di bangku sekolah dahulu, setakat pecahkan batu atas perut, pecahkan batu bata guna tapak tangan dan lain-lain itu merupakan perkara biasa dalam seni persembahan.
Hanya memerlukan pengetahuan fizik asas dan sedikit latihan, kita boleh lakukan perkara seperti itu tanpa mencederakan diri.
Jadi apakah sebenarnya niat Jamal dan kumpulan Baju Merah ini? Adakah mereka ingin menjadi pelakon tambahan di dalam watak persembahan di pentas sarkis?
Terdahulu, Tunku Mahkota Johor, (TMJ) muncul dalam sebuah video parodi menunjukkan baginda seolah-olah ‘menembak’ ke arah sekumpulan pemuda berbaju merah yang membuat pertunjukan silat.  – MYNEWSHUB.CC




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

Loading...

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story