Polis Wanita Persis Model Jadi Sebutan

Model

Mereka kelihatan seperti model yang sedang berposing dan memiliki wajah yang cantik hinggakan sesiapa yang memandang akan terpesona.
Namun sebenarnya wanita ini adalah anggota polis di Rusia dan mereka telah menyertai pertandingan ratu cantik yang diadakan dengan matlamat untuk mencari anggota polis wanita yang paling cantik di negara itu.
Pertandingan berkenaan yang merupakan sebahagian daripada sambutan Hari Polis di Rusia itu, telah mendapat sambutan menggalakkan.
Menurut penganjur, pertandingan itu diadakan bertujuan untuk menyedarkan masyarakat bahawa seseorang itu boleh menjadi cantik dan pada masa sama mereka juga kuat.
Setakat ini pemenang pertandingan ratu cantik polis itu masih belum diumumkan.
Penyertaan diterima daripada banyak anggota polis wanita termasuk dari bandar Moscow, Volgograd, Chekhov dan Voronezh. – mynewshub.cc




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story