Kecoh Dibayar Promosi Produk, Ini Jawapan Michael Ang…

Dibayar Promosi Produk, Ini Jawapan Michael Ang...

KECOH di laman sosial apabila pengarah, Michael Ang didakwa dibayar bagi mempromosikan produk Pamoga Qu Puteh milik usahawan terkenal, Datuk Seri Hasmiza Othman atau Datuk Seri Vida.

Michael Ang atau lebih dikenali sebagai Mike mempromosikan minuman Pamoga ketika konsert Gegar Vaganza yang diadakan di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), semalam.
Ini susulan, pengarah drama Suri Hati Mr. Pilot itu diberikan mikrofon untuk berkongsi pengalaman selepas menggunakan produk tersebut.
Michael menjelaskan keadaan sebenar melalui akaun Instagramnya dan menafikan dirinya dibayar untuk mempromosikan produk itu.
Menurutnya, produk tersebut telah digunakan dalam tempoh yang lama dan ianya sememangnya bagus untuk kesihatan.
“Dari dulu memang minum Pamoga, bila minum, tidur lena dan bangun lebih fresh. Sebenarnya minum Pamoga itu bagus,” katanya yang mengakui akan mudah marah atau bad mood jika tidak mengambil produk itu dalam sehari.
Tegasnya, tiada bayaran yang diberikan kepadanya kerana pendapat yang diberikan mengenai produk itu ketika konsert berlangsung adalah jujur dan ikhlas dari hatinya.
I tak dibayar untuk spot tu. Feeling korang,” katanya.
Jelasnya, sepatutnya tidak timbul isu dirinya dibayar untuk mempromosikan barangan tersebut seperti yang ‘difitnah’ oleh netizen. – MYNEWSHUB.CC




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story