‘Spider Man’ Selamatkan Budak Dari Jatuh Tingkat 3

'Spider Man' China Selamatkan Budak Dari Jatuh Tingkat 3

SEORANG lelaki dianggap sebagai ‘Spider Man’ kerana sanggup memanjat bahagian luar sebuah bangunan tanpa alat keselamatan untuk menyelamatkan nyawa seorang kanak-kanak lelaki yang tersangkut pada jeriji tingkap di rumahnya di Liocheng di bahagian timur wilayah Shandong, China, baru-baru ini.

Dailymail melaporkan, Liang Lei yang tinggal di bangunan bersebelahan tempat kejadian menyedari insiden tersebut selepas seorang lelaki menjerit apabila ternampak kanak-kanak berkenaan.
Kepala kanak-kanak berusia dua tahun itu tersangkut pada jeriji tingkap manakala badannya tergantung di bahagian luar rumah yang terletak di tingkat tiga.
Bimbang dengan keadaan kanak-kanak itu, Liang mengambil keputusan memanjat bangunan pangsapuri itu dengan hanya menggunakan tangan.
“Saya ternampak kanak-kanak itu tidak bergerak dan kakinya menggigil. Saya terus memanjat kerana tahu dia dalam bahaya.
“Jika dia menggerakkan kepalanya, sudah tentu akan terjatuh kerana ada jurang pada tingkap besi itu,” katanya.
Liang berjaya merangkul dan memegang kanak-kanak itu sehingga seorang lelaki dari sebuah syarikat kunci membuka pintu rumah dan bersama menolong menyelamatkan kanak-kanak malang itu.
Kanak-kanak tersebut yang tidak didedahkan namanya itu tinggal seorang diri selepas ibu bapanya keluar dan cuba memanjat tingkap sebelum tersangkut.
Penduduk yang melihat kejadian dilaporkan membantu dengan membentangkan selimut tebal di tingkat bawah susulan bimbang jika kanak-kanak itu terjatuh.
Keberanian Liang mendapat pujian penduduk dan ibu bapa kanak-kanak tersebut turut mengucapkan terima kasih di atas bantuannya. – MYNEWSHUB.CC




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story