Juruterbang Digantung Tugas, Aksi Lucah Dalam Kokpit

Juruterbang Digantung Tugas, Bergambar Lucah Dalam Kokpit

Terima padah. Seorang juruterbang British Airways (BA) telah digantung tugas selepas gambar-gambar yang memaparkan aksi lucahnya dalam kokpit, telah tersebar.
Dalam gambar itu, Colin Glover, 51, memakai stoking wanita manakala majalah lucah bersepah di depannya. Colin bagaimanapun menafikannya.
Gambar itu dipercayai dirakamkan dalam dua insiden berbeza, ketika beliau mengemudi pesawat untuk penerbangan jarak jauh dan dirakamkan pada waktu malam.
Salah satu gambar dirakamkan dalam pesawat 777, yang mempunyai kapasiti penumpang seramai 396 orang.
Meskipun Colin, yang dilahirkan di Windsor dan menetap di Dublin itu menafikannya namun dia tetap digantung tugas ketika siasatan dijalankan oleh BA.
Beliau yang mempunyai seorang anak itu telah berkhidmat untuk BA selama 26 tahun dan merupakan bekas graduan kejuruteraan awam dari Universiti Heriot-Watt pada 1987.
Dalam pada itu pakar penerbangan, Chris Yates ketika mengulas mengenai gambar berkenaan berkata, ia merupakan satu perbuatan yang merbahaya apatah lagi ketika itu ia separuh perjalanan.
“Tidak mungkin ia dirakamkan dalam simulator kerana berdasarkan lampu, ia memang dalam sebuah pesawat,’’ katanya.
Manakala juruterbang BA yang memberitahu Mail Online berkata, pihaknya memandang serius perkara berkenaan dan sedang menyiasat termasuk sama ada gambar itu dirakamkan dalam simulator penerbangan atau pesawat. – mynewshub.cc




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story