‘Lautan’ Hijau Kuning & Merah Kuning Di Stadium Shah Alam

k

STADIUM Shah Alam yang menjadi gelanggang aksi final Piala Malaysia 2016, kini semakin gamat dengan kehadiran ribuan penyokong Selangor dan Kedah.

Perkongsian netizen di laman sosial mendapati kelibat penyokong kedua-dua pasukan kelihatan sudah semakin memenuhi stadium terutamanya daripada penyokong Kedah yang kian membanjiri stadium Shah Alam.
Difahamkan, rata-rata penyokong sudah mula berkampung di stadium sejak awal pagi tadi, malah ada penyokong dari Kedah yang mengambil kesempatan cuti perayaan untuk bertolak lebih awal.
kk1111k22k33
Kebanyakan penyokong dilihat memilih untuk terus masuk ke dalam stadium dan tidak berkeliaran di perkarangan stadium bagi mendapatkan sudut terbaik untuk menyaksikan perlawanan akhir ini.
Difahamkan, keadaan cuaca yang baik juga dilihat menyumbang kepada kehadiran awal penyokong yang ramai kerana masing-masing sudah tidak sabar untuk menyaksikan pasukan kesayangan mereka berentap malam ini
Di pihak penyokong Selangor, tentunya semangat mengekalkan kejuaraan menjadi aspirasi utama. Manakala bagi penyokong Kedah pula, ada ‘hutang’ yang menanti untuk dilunaskan.
Adakah laungan ‘Kedah serata-rata’ akan bergema di akhir perlawanan kelak? Atau Piala Malaysia akan terus kekal di bumi Selangor? Sama-sama kita saksikan malam nanti! -MYNEWSHUB.CC



Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story