ISTERI kepada diktator kerajaan komunis Korea Utara, Kim Jong-un, Ri Sol-ju sudah tidak lagi tampil bersamanya di khalayak umum selama hampir tujuh bulan kebelakangan ini, sekaligus mencetuskan spekulasi bahawa rumah tangga mereka berdua sedang berantakan.
Menurut para pemerhati yang mengikuti perkembangan rejim tersebut, Sol-ju mungkin telah bertelagah bersama adik perempuan suaminya, Kim Yo-jong, yang kini semakin menyinar sebagai pengganti takhta abangnya itu.
Kali terakhir Sol-ju mengikuti suaminya ke majlis umum adalah pada 28 Mac lalu, apabila beliau menemani Jong-un melawat sebuah kompleks komersial dan kesihatan baru di Pyongyang.
Sejak 2012, wanita pertama itu sering tampil bersama Jong-un ke program-program anjuran kerajaan seperti ‘lawatan mengejut’ di kilang-kilang, hospital dan taman tema.
Sol-ju juga sering menjadi perhatian jurugambar ketika menemani suaminya ke-22 acara rasmi pada tahun 2013 dan 15 kali pada 2014, namun beliau hanya dirakamkan tiga kali pada tiga bulan pertama tahun ini dan tiada lagi selepas tempoh itu.
“Ini merupaka sesuatu yang amat mengejutkan kerana Kim sendiri sering dirakamkan oleh media Korea Utara,” kata Toshimitsu Shigemura, seorang professor di Universiti Waseda, Tokyo dan pakar kepimpinan Korea Utara.
“Terdapat beberapa kemungkinan, termasuklah spekulasi bahawa beliau sedang sarat mengandung atau mereka berdua sedang bergaduh,” katanya kepada akhbar The Telegraph.
Tambah Shigemura lagi, punca kepada pergaduhan mereka mungkin disebabkan hubungan rapat di antara Sol-ju dengan Jang Song-thaek, iaitu bapa saudara dan mentor kepada Jong-un.
Song-thaek telah dihukum mati pada Disember 2013 selepas didapati bersalah melakukan jenayah terhadap negara tersebut, termasuklah ‘menggugat penyatuan dan perpaduan parti’.
Selain itu, Sol-ju juga mungkin dikawal ketat ketika ini akibat laporan berlakunya ketidakstabilan politik di Pyongyang ketika ini dan beberapa insiden serangan, termasuklah yang dicetuskan oleh sebahagian tentera Korea Utara terhadap Jong-un tahun lalu.
Satu lagi kemungkinan adalah mungkin Sol-ju sedang bermasam muka dengan adik perempuan diktator tersebut yang baru dilantik untuk mengemudi Jabatan Pergolakan dan Propaganda Korea Utara, kata Shigemura lagi.
Antara tugas beliau termasuklah mempromosikan pengaruh abangnya, di samping memastikan Jong-un kekal berkuasa. – MYNEWSHUB.CC
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
0 comments:
Post a Comment