PENYANYI terkenal Britain, Adele, 28, mendedahkan dia mengalami kemurungan selepas melahirkan anak pertama, Angelo, empat tahun lalu.
Dalam temu bual dengan majalah Vanity Fair terbitan hari ini, Adele juga mengaku pernah menjalani terapi akibat kemurungan pada usia muda.
Penyanyi lagu ‘Hello’ dan ‘Rolling In The Deep’ yang akan menamatkan konsert jelajah selama 10 bulan bagi album ’25,’ memberitahu Vanity Fair, dia lebih gembira jika tidak perlu lagi membuat konsert jelajah pada masa depan.
Dia terasa seolah-olah sudah membuat ‘keputusan yang paling teruk’ dalam hidupnya. Adele berkata, beliau menyayangi anaknya lebih dari segalanya, tetapi sukar menyesuaikan diri sebagai ibu.
Angelo yang kini berusia 4 tahun adalah hasil perkongsian dengan pasangan, Simon Konecki.
Bagaimanapun, selepas mencurahkan segala kegelisahan kepada rakannya, yang juga mempunyai anak, Adele sedar dia tidak keseorangan dan kini dia mula terasa ‘lega’. – Agensi/MalaysianDigest
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
0 comments:
Post a Comment