KUALA LUMPUR – Petronas Dagangan Berhad (PDB) akan menutup sementara perkhidmatan tenaga gas asli (NGV) di 67 stesennya di Lembah Klang, Negeri Sembilan dan Johor.
PDB dalam kenyataannya berkata stesen itu ditutup mulai semalam sehingga dimaklumkan bagi memberi laluan kepada kerja penambahbaikan.
“Namun perkhidmatan mengisi minyak lain dan Kedai Mesra di stesen terbabit masih beroperasi seperti biasa,” katanya.
Menurut kenyataan itu, syarikat berkenaan mengambil langkah ketat untuk memastikan keselamatan di semua stesen yang mempunyai kemudahan NGV.
“PBD bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa berkaitan bagi memastikan standard keselamatan yang tinggi di semua stesen kami,” tambah kenyataan itu.
Mereka yang mahukan stesen dengan kemudahan NGV yang beroperasi boleh melayari laman sesawang www.mymesra.com.my atau menghubungi Mesralink di 1-300-88-8181.
Selasa lepas, seorang lelaki pekerja kontraktor pembaikan pam maut selepas tangki (NGV) di stesen minyak di Austin Height, Mount Austin di Johor Bahru meletup kira-kira pukul 2.40 petang. – BERNAMA
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat ,
dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
Operasi NGV Di 67 Stesen Petronas Ditutup Sementara

tamadun islam dan tamadun asia 1 kungfu panda

20 perbezaan lelaki perempuan secara saintifik 18f...

abang long rajin

sekitar pengambaran teaser filem amukan kuntilanak

pulang ke rumah untuk buat kejutan lelaki ini mera...

sokong kedai fama kuala pilah

resepi air kathira

Resepi Telur Bungkus Paling Menepati Selera Puas Hati Bila Isinya Lebih
0 comments:
Post a Comment