Tajaan Imej Persembahan Azharina Bernilai RM300,000

SHAH ALAM – Penyanyi Azharina Azhar memberitahu dia mengayakan pakaian yang ditempah khas berserta aksesori berlian berjumlah kira-kira RM300,000 pada malam konsert Gegar Vaganza 3 yang berlangsung, malam Ahad lalu.

Azharina berkata, tajaan itu datangnya daripada pelbagai pihak yang bermurah hati menyediakan pakaian dan aksesori untuk imej yang bersesuaian dengan penyampaian lagu genre rege yang disampaikannya berjudul No Women No Cry.
“Alhamdulillah, sejak memasuki pertandingan ini banyak pihak terutama yang saya kenali ingin memberi tajaan untuk setiap persembahan saya.
“Seperti malam ini baju yang saya gayakan ini dibuat oleh pereka fesyen Razman Razmi yang dibuat ni Bangkok, Thailand dengan kos kira-kira RM30,000. Manakala anting-anting berlian ini nilainya RM100,000 termasuk rantai yang sepatutnya saya pakai tapi tidak dibenarkan produksi yang kesemuanya bernilai RM300,000,” ujarnya kepada mStar Online.

Tajaan Imej Persembahan Azharina Bernilai RM300,000
AZHARINA PADA KONSERT GEGAR VAGANZA MINGGU KETIGA. – FOTO INSTAGRAM THE PUTIH TV

Dalam pada itu, Azharina berkata, dia tidak mahu bergantung kepada produksi semata-mata dalam mengaturkan penampilannya pada setiap persembahan.
“Saya berterima kasih dengan platform yang diberikan dan peluang ini saya gunakan sebaik mungkin dan disebabkan itu saya sentiasa cari alterbatif lain untuk tampil di atas pentas.
“Saya tidak mahu perkara itu bergantung kepada pihak produksi sahaja. Mereka sudah beri peluang itu sudah cukup baik,” ujarnya.
Selain itu, Azharina mengakui, dia berkerja keras dalam memberi persembahan dan penyampaian lagu-lagu yang ditugaskan kepadanya dengan baik.
Katanya, dia mendengar 100 buah versi bagi lagu No Women No Cry yang disampaikan malam Ahad lalu.
“Saya study irama rege dengan mendengar lebih 100 buah lagu versi ini dan mencari mana yang paling baik dan sedap untuk didengar.
“Tentang perkataan ek… ek… ek… yang diperkatakan Datuk Ramli MS itu, Insya-Allah saya akan kurangkan pada persembahan akan datang,” ujarnya.
Sementara itu, Azharina yang mendapat markah tertinggi setiap minggu mengakui sedikit tertekan untuk memberi persembahan yang terbaik seperti diharap oleh juri tetap. – mStar Online




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story