Hentikan Pembelian Luar Biasa Minyak Masak

Hentikan Pembelian Luar Biasa Minyak Masak

KUALA TERENGGANU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Terengganu meminta orang ramai supaya tidak terus membuat pembelian minyak masak secara luar biasa kerana ia hanya memburukkan keadaan.

Pengarah KPDNKK Terengganu, Azlan Abd Samat berkata pada hari ini, pihaknya menerima aduan dan khabar angin mengenai kekurangan bekalan minyak masak di sebuah pasar raya di bandar raya ini.
“Bertindak atas aduan, kami pergi ke pasar raya tersebut dan hasil pemeriksaan mendapati kesemua 175 botol minyak masak bersaiz lima kilogram telah habis dijual semalam.
“Pasar raya itu memaklumkan stok bekalan baharu masih dalam perjalanan, sebanyak 2.16 tan metrik dan jumlah itu mencukupi untuk keperluan sekiranya tiada lagi pembelian panik secara berterusan,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pemeriksaan minyak masak di sebuah pasar raya di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata hasil pemeriksaan anggota KPDNKK Terengganu di pasar raya dan kedai runcit di Terengganu mendapati terdapat 6,179 kilogram minyak masak untuk pasaran di seluruh negeri, hari ini.
“Hasil pemantauan yang dilakukan di tujuh kilang pembungkusan semula minyak masak pla mendapati mereka masih ada stok yang mencukupi dengan kuota sebanyak 566 tan metrik setiap bulan.
“Hari ini, tujuh kilang pembungkusan itu telah mengeluarkan 42.97 tan metrik minyak masak untuk diagih ke semua pasar raya dan kedai runcit seluruh negeri,” katanya.
Beliau turut meminta orang ramai supaya melaporkan kepada pihaknya jika ada pembelian bersyarat, atau menghubungi Bilik gerakan KPDNKK Terengganu di talian 09-620470 atau talian Hotline 1-800-886-800. – BERNAMA




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story