KLANG – Dua individu maut selepas sebuah kren statik tumbang dan menghempap kenderaan yang dinaiki mereka berhampiran projek pembinaan di Persiaran Astana, Jalan Meru, tengah hari tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu, kedua-dua mangsa yang dipercayai pasangan suami isteri itu berusia dalam lingkungan 50-an menaiki kereta jenis Perodua Axia.
Jurucakap Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang berkata, mangsa masing-masing seorang lelaki dan perempuan itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.
Menurutnya, seramai enam anggota bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kira-kira 12.35 tengah hari dan berjaya mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit setengah jam kemudian.
Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk bedah siasat. -MYNEWSHUB.CC
VIDEO SEKADAR HIASAN
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
0 comments:
Post a Comment