HAJAT Rozita Che Wan untuk meraikan sambutan ulang tahun kedua kelahiran anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana di London tidak kesampaian.
Ini gara-gara Rozita atau lebih dikenali sebagai Che Ta berhadapan dengan masalah cukai menyebabkan perjalanannya ke luar negara disekat buat sementara waktu.
Sehubungan itu, pelakon wanita tersebut terpaksa mengadakan majlis sambutan itu di sebuah hotel terkemuka di ibu negara, semalam.
“Jumlah tunggakan cukai yang perlu dibayar itu besar nilainya. Saya pula belum mampu untuk menjelaskan bayarannya sekali gus.
“Saya juga sudah mengadakan pertemuan bersama pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri berhubung perkara ini. Mahu atau tidak, saya memang perlu menyelesaikan tunggakan berkenaan. Begitupun, buat masa ini, hendak membayar separuh daripada jumlah itu pun belum mampu saya lakukan lagi,” katanya dipetik Berita Harian.
Sebelum ini, Che Ta sekeluarga bercuti ke Greece bagi meraikan sambutan hari lahir anak sulungnya, Ammar Effendy. – MYNEWSHUB.CC
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
0 comments:
Post a Comment