Gambar: Chailwala Kacak Selepas ‘Makeover’, Ramai Terpaku

Chailwala Kacak Selepas ‘Makeover’, Buat Ramai Terpaku

PAKISTAN – Masih ingat lagi kepada penjual teh (chaiwala) kacak yang 

Arshad Khan yang mengecap populariti, daripada seorang penjual teh kepada seorang model setelah gambar-gambar beliau tersebar di laman Internet, kini diberi ‘makeover’ atau diubah penampilannya secara langsung di kaca televisyen menerusi rancangan Good Morning Pakistan.
Diberi gelaran ‘hot-tea’ oleh para peminatnya, jejaka berusia 18 tahun itu muncul dalam rancangan tersebut dan diubah penampilannya oleh Aley Bhaidani dari IdeaTic Wedding Photography Studio, lapor laman Telegraph.
Menerusi gambar-gambar yang dimuat naik ke laman Facebook Good Morning Pakistan, rambut Arshad Khan digunting dan digayakan sebelum beliau menggayakan beberapa sut dan Sherwani, iaitu pakaian tradisional di sebahagian daerah di India.
Chailwala Kacak Selepas ‘Makeover’, Buat Ramai Terpaku
Chailwala Kacak Selepas ‘Makeover’, Buat Ramai Terpaku
Chailwala Kacak Selepas ‘Makeover’, Buat Ramai Terpaku
Arshad yang jelas kelihatan masih malu-malu turut diminta memperagakan pakaian bersama dua model wanita.
Sekitar seminggu lalu, Arshad mula mendapat perhatian luar biasa di laman media sosial setelah gambar-gambar beliau sedang menuang teh dimuat naik oleh seorang jurugambar, Javeria Ali.
Malah Arshad juga dilamar oleh sebuah laman beli-belah online berpangkalan di Islamabad, Fitin.pk, yang menawarkan kontrak untuk menjadi model setelah melihat gambar-gambar beliau.
Jadi, siapa kata kerjaya penjual teh sarbat tak boleh jadi ‘glamor’? – Agensi




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story