Kerajaan Tanggung Subsidi RM400 Juta Untuk Bahan Api

Kerajaan Tanggung Subsidi RM400 Juta Untuk Bahan Api

KUALA LUMPUR – Kerajaan masih menanggung subsidi RM400 juta untuk bahan api walaupun harga runcit bahan itu dinaikkan hari ini, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Johari Abdul Ghani.

Mulai hari ini, harga petrol naik 15 sen berbanding bulan lepas, dengan harga runcit petrol RON95 pada RM1.95 seliter berbanding RM1.80, diesel RM1.90 seliter berbanding RM1.75 dan RON97 pada RM2.30 seliter berbanding RM2.15.
Johari berkata harga runcit semasa bahan api dikira berdasarkan harga purata Oktober yang menyaksikan peningkatan berbanding harga runcit yang ditetapkan kerajaan.
“Berdasarkan harga Oktober, peningkatan sebenar harga sepatutnya 20 sen. Namun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merasakan harga (peningkatan) patut dikurangkan sedikit disebabkan kenaikan tidak boleh terlalu tinggi,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di luar Sidang Kemuncak Pasaran Modal Malaysia ke-21 Institut Kepimpinan Strategik Asia di sini hari ini.
Johari berkata selain harga minyak dunia, faktor yang diambil kira dalam menentukan harga bahan api ialah pergerakan ringgit berbanding dolar US, dengan pengukuhan ringgit berbanding dolar akan membantu menurunkan harga minyak.
Sejak 1 Dis, 2014, kerajaan menerusi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, melaksanakan sistem apungan terurus bagi menentukan harga petrol dan diesel susulan pemansuhan sunsidi bahan api. – BERNAMA




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

Loading...

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story