Isteri Saharul Ridzwan Bunting Pelamin?

Isteri Saharul Ridzwan Bunting Pelamin?

AKTOR Saharul Ridzwan yang baharu sahaja mendirikan rumah tangga bersama pasangannya Deena Amir dikhabarkan bakal bergelar seorang bapa.

Perkhabaran ini dihebahkan menerusi ruangan gosip Pok Lip di sebuah akhbar tempatan.
Menerusi ruangan itu, Deena dikatakan telah hamil sebulan sejak mendirikan rumah tangga September lalu dengan hero drama bersiri Hati Perempuan ini.
Isteri Saharul Ridzwan Bunting Pelamin?
Isteri Saharul Ridzwan Bunting Pelamin?
Menurut Pok Lip, berita kehamilan itu diterima daripada satu sumber yang boleh dipercayai ketika menghadiri sebuah majllis.
“Dengar-dengar Saharul bakal bergelar bapa. Sebab cakap kawan Pok Lip dengan yakinnya, isteri pelakon tersebut, Deena Emir kini sedang hamil. Baru sebulan usia kandungan.
“Menurut sumber, buat masa ini, Saharul tidak mahu menghebohkan tentang berita kehamilan itu. Mungkin terlalu baru.  Kalau sudah usia kandungan mencecah tiga empat bulan, baru boleh cerita,” katanya.
Bagaimanapun, tiada kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Saharul sama ada menerusi laman sosial peribadinya ataupun kepada pihak media.
Jika benarlah seperti khabar angin yang tersebar, Mynewshub yakin ini merupakan khabar gembira buat pasangan ini dan para peminat Saharul. – MYNEWSHUB.CC




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story