KEGEMBIRAAN lapan remaja berkelah di Air Terjun Pertak, Kuala Kubu Bharu nyaris bertukar tragedi apabila fenomena kepala air berlaku di kawasan perkelahan itu, Sabtu lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.40 petang itu, Muhammad Ashraf Abdul Rahim dan Nur Muhammad Azman, masing-masing berusia 21 tahun tidak sempat naik ke tebing selepas berlakunya kepala air.
Enam rakan mangsa sempat naik ke tebing sementara kedua-dua mangsa terperangkap di atas batu besar di tengah-tengah air terjun.
Kedua-dua mangsa terpaksa berdepan dengan detik cemas dan mendebarkan apabila melihat air sungai yang deras selepas terperangkap kira-kira sejam sebelum diselamatkan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu.
Jurucakap bomba berkata, mangsa diselamatkan dalam masa 30 minit dengan menggunakan tali.
Mangsa dan rakannya dari Selayang itu dikatakan ke kawasan tersebut kira-kira jam 2 petang untuk berkelah sebelum hujan turun lebat kira-kira sejam selepas itu. – MYNEWSHUB.CC
*Video dibawah sekadar hiasan.
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
0 comments:
Post a Comment